Lebaran pun dah menutup tirai... nampaknya hari ni ada mood nak load pic raya..
Seperti biasa mmg sibuk dengan kerja! Kalau diikutkan kerja mmg tak akan berakhir...
Raya yang lalu kami sekeluarga menyambutnya di Ipoh... yelah tahun lalu di Kuala Kangsar...
Raya kali ini lebih bermakna kerana Raziq telah mencapai umur setahun pada 1 Oktober lalu dan Raziq pun makin cekap berjalan.. Di malam raya Raziq juga sangat bergembira membantu seisi rumah membuat persiapan akhir... semua bilik dilawati.. rajinnya... penat mama mengekori... malam itu Raziq tidur lewat.
Di pagi raya... Raziq tetap bangun seperti biasa... mungkin sudah terbiasa bangun awal... tambahan Mama tak de disebelah.. Selesai Abah mandi dan menghias diri untuk mendirikan solat aidilfitri, Mama memandikan Raziq pula. Mama pakaikan Raziq baju melayu johor berwarna merah dan bersampin songket sedondon dengan Abah dan bersongkok... Mama pun pakai baju kurung warna yg sama...
Pagi tu seperti biasa kami bermaafan dan mengambil gambar... Masa nak ambil gambar tu Raziq asyik mengamuk jerr... isk gambar pun tak menjadi
Hari tu kami raya sakan. Selepas selesai solat aidilfitri, bermaafan dan berposing, kami bertolak balik ke Kuala Kangsar... kami terlewat sekejap sebab semua saudara-mara ayah dan mak dah balik...
Selepas Zohor kami beraya di rumah Wan Cho dan Pah Chik... Raziq dia mula-mula malu-malu meow lepas tu baru lerr meng'explore' rumah... banyak juga duit raya dapat... hehehehe.. si comel mama ni...
Lewat petang kami beraya dirumah kawan lama mama & abah (tempat sekerja dulu) di Lubuk Merbau. Bila sampai je di rumah Kak Gee, Raziq dah tak de segan, terus je bermain... seronok betul! Macam dah biasa jerr...
Selepas Maghrib baru kami balik dan Raziq pun dah penat... tetapi kami sambung lagi beraya di rumah Pak Ndak pula. Raziq pergi dulu dengan Opah... ewah-ewah Raziq, tinggalkan mama. Bila mama sampai di sana Raziq tengah mengorat kakak Baizura.. yelah dia kan cun... Raziq buat jeling-jeling, senyum-senyum dan malu-malu dan dengan orang lain tak heran... Raziq memang selalu macam tu...
Wahhhh.. letih betul... keesokkannya kena balik Ipoh semula sebab Opah Ramlah buat open house...
First time raya bertiga... so sesuatu yang menarik dan manis...